Masalah keputihan? Memang merimaskan. Setiap wanita sebenarnya mengalami apa yang dipanggil keputihan. Normal. Tapi ia jadi tak normal apabila keputihan ini mengganggu kehidupan seorang wanita, sehingga boleh menjadi satu penyakit. Takmo intro lebih panjang ..
Adakah anda mengalami masalah berikut?
- Kegatalan pada kemaluan?
- Selalu keluar cecair berwarna putih dan kekuningan disertai dengan bau?
- Ketidakselesaan apabila ‘bersama’ suami?
- Terpaksa memakai panty-liner setiap hari?
JANGAN ANGGAP KEPUTIHAN SEBAGAI PERKARA REMEH
Ramai wanita menganggap keputihan itu adalah gejala yang normal dan akan sembuh dengan sendirinya. Anda silap! Keputihan adalah lebih jauh daripada itu…
Tahukah anda bahawa keputihan terjadi disebabkan antara 2 sebab ini. Iaitu jangkitan bakteria seperti Bacteria Vaginosis ataupun kulat seperti Trichomoniasis dan Candida Albican.
Gambarajah : Faraj dijangkiti kulat
*** Jika rawatan kulat ini tidak dirawat, maka kesannya akan menjadi bertambah teruk. Kulat ini mampu merebak keseluruh tubuh anda dan seterusnya jangkitan ini boleh menyerang organ-organ penting dalam badan anda.
*** Jangkitan bakteria atau kulat ini juga mampu merebak ke pasangan kita.
Hasilnya organ seksual lelaki juga akan mengalami kegatalan, kemerahan, kesakitan dan juga kulit melecet.
Rajah diatas menunjukan bagaimana bakteria dan kulat merebak kedalam saluran faraj.
Apakah penyebab kekeringan di bahagian miss' V '?? :
Perubahan hormon. Salah satu sebab yang paling biasa kekeringan faraj adalah penurunan dalam tahap estrogen semasa menopaus, perimenopause, selepas bersalin, atau semasa menyusu. Rawatan kanser seperti kemoterapi dan radiasi pelvis juga boleh membawa kepada estrogen rendah dan penurunan dalam pelinciran faraj. “Vagina bergantung kepada estrogen untuk kesihatan,” kata Irwin Goldstein, MD, Pengarah Perubatan Seksual San Diego, Alvarado Hospital di San Diego, California.
Ubat-ubatan. Alahan kepada ubat yang mengandungi antihistamin serta ubat-ubatan asma boleh mempunyai kesan pengeringan dalam badan dan menyebabkan pelinciran faraj dikurangkan.
Fakta mengenai sengugut :
Senggugut jenis Pertama dalam beberapa tahun pertama selepas akil baliq, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian.
Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan olih kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit dikalangan gadis remaja. Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan olih sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”.
Kesakitan ini berbeza antara seorang wanita dengan yang lain. Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk hingga tergolek-golek. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid bergantung kepada keadaan.
Ramai dikalangan wanita yang risau samada senggugut bolih menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapatkan anak apa anda tidak percaya. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin. Mereka ini mungkin mengidap penyakit ‘endometriosis’
Gadis gadis yang mengalami senggugut bolih mengambil ubat penawar sakit seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain ubat yang sesuai. Tetapi dalam kes kes yang lebih teruk, doktor akan memberi ubat penawar sakit yang mengandongi hormon ‘ Norethisterone’.
Senggugut jenis kedua ialah ‘congestive dysmenorrhea’ yang biasa dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak. Lazimya senggugut yang dialami itu lebih teruk dan lebih panjang waktunya. Senggugut ini disebabkan olih sesuatu penyakit dalam alat peranakan. Diantara penyakit ini termasuklah ketumbuhan dalam rahim seperti ‘endometriosis’, ‘adenomyosis’, ‘fibroids’ dan jangkitan kuman pada perkakas peranakan. Wanita yang mengalami masalah ini perlu bertemu doktor pakar sakit puan.
Kebanyakkan daripada mereka menghadapi masalah kurang subur, mudah keguguran, perdarahan yang berlebihan dan berpanjangan atau senggugut yang sangat teruk. SENGGUGUT yang biasanya menyerang anak-anak gadis. Biasanya senggugut akan hilang bila seseorang gadis itu telah berkahwin dan beranak pinak. Dan senggugut tidak akan datang lagi. Namun ada pengecualiannya di mana terdapat juga kaum wanita yang masih mengalami penyakit senggugut walaupun sudah beranak pinak dan juga pada wanita post menopaus; yakni wanita yang sudah melalui zaman menopaus tetapi darah haid datang semula. Senggugut atau dismenorea (Dysmenorrhoea) ialah rasa sakit atau tidak selesa ketika datang haid. Senggugut biasanya bermula sejak seseorang gadis berumur belasan tahun dan berpunca daripada masalah kesihatan atau penyakit.
Senggugut dikaitkan dengan pengeluaran berlebihan bahan yang disebut prostaglandin dari lapisan dalaman rahim (uterus) semasa haid. Prostaglandin mengakibatkan kontraksi otot rahim dan perubahan pembuluh darah. Keadaan ini menimbulkan rasa ngilu atau sakit ketika haid. Ketulan darah haid yang membeku boleh juga menyekat aliran keluar darah dan meningkatkan tekanan intrauterin sehingga menyebabkan rasa sakit. Senggugut boleh juga disebabkan oleh penyakit seperti penyakit keradangan pelvis atau pinggul, endometriosis dan kanser rahim. la ditandai oleh rasa senak di bahagian bawah abdomen selama beberapa hari sebelum haid dan kadangkala berlangsung sehingga selesai haid. Penderita senggugut ada kalanya mengeluh akan masalah kekerapan membuang air kecil, cirit birit, pening, kembung, rasa sakit di buah dada, kemurungan dan rasa cepat marah.
Senggugut yang biasa yakni bukan kerana penyakit lain dalam tubuh akan hilang setelah anak gadis itu kahwin dan melahirkan anak pertama. Manakala senggugut akibat penyakit pula memerlukan rawatan khusus bergantung kepada penyebab penyakit. Di peringkat ini pesakit dinasihat berjumpa doktor untuk rawatan dan ubat.
-----------------------------------------------------------------------
GLA & OSTEOMATRIX UNTUK SENGUGUT
-----------------------------------------------------------------------
Apa fungsi keduanya dalam kes senggugut dan kesuburan?
GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid
Apa pulak kaitan kalsium (ostematrix) dengan senggugut?
Ramai orang beanggapan bahawa kalsium berfungsi hanya untuk menyokong tulang dan gigi yang kuat. Sebenarnya, tulang adalah bahagian yang paling akhir sekali yang perlu anda bimbang jika tidak cukup kalsium. Ia diperlukan untuk fungsi yang lebih penting seperti fungsi jantung, pengecutan otot, penghantaran impuls saraf, pembekuan darah, mengawal metabolisme anda, mengawal hormon, dan banyak lagi. Kalsium boleh mengubah tindak balas otot yang berkaitan dengan PMS. Otot memerlukan kalsium untuk mengekalkan otot selepas penguncupan.Tidak mempunyai cukup kalsium dalam badan boleh meningkatkan kekejangan otot termasuk kekejangan PMS.
--------------------------------------------------------------------------------------
ALFAFA UNTUK KEPUTIHAN & KEKERINGAN MISS'V'
--------------------------------------------------------------------------------------
Antara fungsi alfalfa yang wajib anda tahu dan ingat :
1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
5. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
6. Merawat arthitis
7. Bagus untuk elergi dan ekzema
8. Merawat athma
9. Mencuci usus bagi membuang toksik
10. mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitam dalam buah pinggang
11. Meneutralkan asid dalam badan
12. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
13. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
15. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
17. Meningkatkan stamina seorang suami
18. Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!)
19. Membuang angin dalam badan
20. Dan banyak lagi untuk disenaraikan…
0 comments:
Post a Comment