Bayi Pramatang & Penjagaannnya
Bilakah bayi dikatakan pramatang?
Kebanyakan bayi yang dilahirkan dalam
lingkungan 40 minggu usia kandungan. Bayi dikatakan matang jika lahir di antara
37 ke 42 minggu usia kandungan. Jika bayi dilahirkan sebelum 37 minggu usia
kandungan ia dikatakan pramatang.
Adakah ramai bayi dilahirkan
pramatang?
Insiden bayi pramatang berbeza-beza
di antara negara. Di Malaysia lebih kurang 8% bayi yang dilahirkan adalah
pramatang.
Mengapakah bayi dilahirkan pramatang?
Sebab-sebab kejadian selalunya tidak
diketahui,tetapi kadang-kadang diikuti dengan:
·
Pecah ketuban awal yang mana disebabkan infeksi air ketuban dan selaput
ketuban.
·
Kelahiran bersalin tidak cukup bulan.
·
Pernah mengalami kelahiran pramatang.
·
Kandungan lebih daripada satu contoh kembar 2 atau 3 dan seterusnya.
·
Uterus dan serviks yang luar biasa.
·
Kandungan yang mempunyai komplikasi, contoh: tekanan darah tinggi semasa
mengandung dan uri di bawah.
·
Kurang sokongan sosial.
·
Pengambilan alkohol, dadah berbahaya dan merokok semasa mengandung.
·
Jangkitan pada salur kencing.
·
Jangkitan sejak lahir di dalam uterus.
·
Kecacatan semula jadi sejak lahir.
Bagaimana rupa dan tingkah laku bayi
pramatang?
· Bayi pramatang dilahirkan kecil dan mempunyai sifat-sifat pramatang dan
bergantung pada usia kandungan.
· Berat badan bayi pramatang selalunya antara 500 gm untuk usia kandungan
22 minggu hingga 1000 gm untuk 28 minggu dan 1500 gm untuk 32 minggu dan 2.5 kg
untuk 37 minggu.
·
Tanda-tanda dan gejala bergantung pada komplikasi.
· Kemungkinan mengalami tanda-tanda masalah pernafasan contoh nafas
berbunyi, hidung kembang-kempis, nafas kencang, kulit berwarna biru dan suhu
badan tidak stabil.
Patutkah kita risau jika bayi
dilahirkan pramatang?
Pra matang adalah berkaitan dengan
komplikasi yang mungkin berlaku. Lebih pramatang maka lebih tinggi risiko untuk
setiap komplikasi. Komplikasi awal dan pertengahan adalah termasuk:
·
Sindrom kesesakan nafas disebabkan kekurangan cecair yang dipanggil
serakan di dalam paru-paru.
·
Pendarahan di dalam otak yang melibatkan kapilari darah di sekitar
ventrikel di dalam otak.
·
Jaundis (Perubahan warna kekuningan di kulit dan di putih mata
disebabkan sistem metabolisme bilirubin yang tidak matang).
·
Masalah dan kesukaran penyusuan disebabkan usus yang pramatang.
·
Jangkitan di dalam darah (septisemia), paru-paru (radang paru-paru),
selaput di sekeliling otak dan saraf tunjang dan pereputan usus (Necrotising
Enterocolitis).
·
Penyakit retina yang tidak matang (Retinopathy of Prematurity)
- satu keadaan pertumbuhan salur darah di dalam mata yang tidak matang.
· Penyakit paru-paru yang kronik hasil daripada kerosakan paru-paru
disebabkan pramatang, penggunaan oksigen dan terapi ventilasi.
· Salur darah yang menyambung antara jantung dan paru-paru tidak tertutup
(Patent Ductus arteriosus) yang mana boleh menyebabkan kesesakan dalam
pernafasan atau kegagalan jantung berfungsi.
Komplikasi Lewat:
·
Serebral palsi
·
Kecacatan otak
·
Buta
·
Pekak
·
Ketidak upayaan untuk belajar
·
Perkembangan lambat
·
Pembesaran perlahan
Kadar kematian adalah tinggi walaupun
mendapat rawatan rapi, bayi yang dilahirkan antara 26 hingga ke 28 minggu usia
kandungan mengalami kadar kematian antara 30%- 50% manakala bayi yang
dilahirkan sebelum 26 minggu usia kandungan mempunyai kadar kematian antara
80-100%. Lebih matang seseorang bayi maka peluang untuk hidup adalah tinggi.
Bayi yang lahir melebihi 34 minggu usia kandungan mempunyai 90% peluang untuk
hidup.
Adakah bayi pramatang memerlukan penjagaan khas?
Keperluan penjagaan bergantung kepada keadaan dan tahap keseriusan pramatang seseorang bayi. Penjagaan am adalah diperlukan untuk semua bayi pramatang:
- Mengawal suhu badan
- Perlu dirawat di dalam inkubator atau di bawah pemanas radian (seperti dalam gambar)
- Memeriksa tahap gula dalam badan
- Untuk mengesan dan merawat tahap gula sama ada tinggi atau rendah.
- Pembekalan nutrisi
- Bayi yang hampir matang iaitu melebihi 35 minggu yang mana dalam keadaan sihat selalunya boleh diberi penyusuan ibu secara eksklusif. Untuk bayi yang lebih pramatang selalunya memerlukan susu formula sebagai tambahan pada peringkat awal umurnya.
- Mengelakkan daripada jangkitan
- Mencuci tangan adalah perkara asas yang penting sebelum dan selepas merawat bayi.
Rawatan khas bergantung kepada keadaan bayi dan komplikasi yang dialami. Contohnya:
- Ventilasi dan rawatan serakan terapi untuk masalah pernafasan.
- Pemantauan yang rapi untuk bayi yang menerima oksigen terapi.
- Pemberian cairan dan elektrolit untuk bayi yang tidak sihat.
- Parenteral nutrisi (Nutrisi yang diberi terus ke dalam saluran darah) diberi kepada bayi yang tidak boleh menerima susu melalui usus. Perahan susu badan atau susu formula selalunya diberi melalui tiub orogastrik kepada bayi pramatang yang mana boleh menerima susu secara enteral.
- Antibiotik diberi sekiranya disyaki atau pasti ada jangkitan.
- Ultra bunyi dilakukan pada otak untuk mengesan dan merawat perdarahan dalam otak atau lain-lain yang tidak normal.
- Saringan untuk penyakit retina mata (ROP), rawatan laser atau terapi crayo akan diberi pada bayi yang mempunyai masalah mata yang serius.
- Bayi yang mempunyai penyakit paru-paru yang kronik dan boleh dirawat di rumah, bekalan oksigen perlu disediakan di rumah.
- ngalami kelemahan pada sistem neurologi.
Bolehkah sesuatu kelahiran bayi pramatang dielakkan?
Langkah-langkah pencegahan mengelakkan kelahiran pramatang:
- Wanita yang mengandung tidak digalakkan mengambil rokok, dadah dan alkohol.
- Jagaan pra kehamilan wanita mengandung yang mempunyai masalah perubatan yang kronik contoh kencing manis.
- Kurangkan pemindahan janin untuk mengurangkan kandungan kembar dalam teknik kesuburan
- Penjagaan awal antenatal dan berkala dapat mengesan dan merawat awal untuk mencegah komplikasi.
Pemulihan adalah aspek yang penting dalam rawatan?
Semasa discas nasihat berkaitan perlu diberikan:
- Perlu meneruskan apa sahaja ubat-ubatan yang diberi termasuklah vitamin dan zat besi.
- Pemakanan yang diperlukan oleh bayi. Kesabaran adalah diperlukan dalam memberi penyusuan kepada bayi pramatang. Mereka selalunya lambat dalam menghisap susu. Susu badan adalah yang paling baik tetapi jika menggunakan susu formula hendaklah menggunakan susu formula pramatang untuk memastikan nutrisi yang diberi menepati tahap maksimum pada bayi pramatang.
- Mengikut jadual pelalian yang rutin untuk kanak-kanak.
- Menjauhkan tempat yang sesak untuk mengelakkan kanak-kanak mendapat jangkitan seperti batuk atau selesema.
Tingkatkan kualiti & kuantiti susu anda dengan supplement Shaklee agar anda dapat menyalurkan segala gizi yang seimbang untuk keperluan bayi Pra-matang anda.
*Penyusuan 'direct breast feeding' kepada bayi pra-matang amat digalakkan & diutamakan.
Testimoni 1 :
Dalam masa 2 minggu bayi pra-matang ini yang kurang 1 kg berat telah membesar dengan sihat dan berat mencecah 2 kg
Khasiat ESP, VItalea & Osteomatrix untuk si manja Pra-matang :
1) ESP
-Menyediakan 9 jenis asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan semulajadi oleh tubuh manusia.
-Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
-protein adalah komponen utama dalam susu, esp membekalkan sumber protein yang tinggi untuk membantu pengahasilan susu ibu yang kaya dengan protein.
-Memperbanyakkan susu ibu.
2) Vitalea
-Multi-vitamin & mineral sebagai pelengkap nutrisi kepada ibu untuk disalurkan kepada bayi dalam tempoh penyusuan badan.
-Melengkapi dan memperkayakan susu ibu dengan gizi yang diperlukan untuk perkembangan tubuh dan otak bayi pra-matang.
-Memperkayakan susu ibu dengan gizi.
3) Osteomatrix
-Selain protein sebagai komponen penting dalam susu ibu, turut terkandung kalsium untuk tumbesaran tulang bayi.
-Mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganese dan boron semua elemen penting untuk mengekalkan kesihatan tulang ibu dan menyalurkan sumber kalsium kepada bayi melalui susu ibu.
-Ibu yang mengambil osteomatrix sewaktu menyusukan bayi tidak akan mengalami kekekangan dan kebas-kenas otot, dan juga bole merawat sembelit ibu.
-Memekatkan susu ibu supaya bayi lebih kenyang lama,
Untuk sebatrang pertanyaan & tempahan boleh hubungi saya seperti dibawah :
0 comments:
Post a Comment