APAKAH ITU ECZEMA
Eczema
adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sistem imun badan yang
tidak normal (lemah) dan faktor genetik. Masalah ini kebiasaannya dihadapi oleh
wanita dan kanak-kanak. Eczema boleh menyebabkan kegatalan pada kulit dan kulit
mengelupas. Keadaan ini boleh menjadi bertambah teruk berikutan pengambilan
makanan dimana pesakit mempunyai alahan (allergic) terhadap makanan tersebut.
Selain itu, menyentuh bahan-bahan alahan dan perubahan suhu secara mendadak
juga akan menyembabkan kegatalan pada kulit.
Eczema
ialah sejenis penyakit atau masalah kulit yang biasa ditemui, di mana kulit
menjadi tersangat gatal dan meruam. Dikatakan eczema dan kulit alergik adalah
penyakit kulit warisan, dan sesetengah eczema disertai dengan masalah asthma. Perkataan
eczema nampaknya tidak asing lagi kerana banyak orang yang menghadapi masalah
ini. Eczema biasanya terdapat di muka, tangan, lengan, lutut, peha, betis dan
kaki serta di beberapa bahagian tubuh yang lain. Pada bayi, eczema selalu
terdapat di muka dan bahagian badan yang lain dalam bentuk tompok-tompok merah.
Kawasan yang terkena eczema kelihatan sangat kering, menebal atau bersisik.
Bila
sesetengah keadaan kering dan cuaca panas, pengidap eczema akan bergaru dan
berasa bahagian eczema mereka terlalu gatal dan panas. Bagi mereka yang
berkulit cerah atau putih, kawasan eczema ini pada mulanya kelihatan
kemerah-merahan dan kemudiannya bertukar warna menjadi coklat terutamanya
apabila ia selalu digaru dan terdedah kepada infeksi kuman. Oleh itu, cuba
elakkan daripada menggaru dengan kuat sehingga luka atau berdarah. Eczema yang
teruk memang kelihatan hodoh dan menjijikkan.
Penyebab sebenar eczema tidak diketahui tetapi ia dikaitkan dengan tindakan
overaktif (terlampau) sistem imuniti badan kepada sebarang benda/keadaan yang
menyebabkan eczema atau kulit gatal, seperti bersentuh dengan kain yang kasar
yang menyebabkan kulit gatal, persekitaran yang terlalu panas atau terlalu
sejuk, terdedah kepada beberapa produk kegunaan di rumah (i.e. sesetengah sabun
membasuh kain atau pembersih rumah lain yang mengandungi bahan kimia yang
kuat). Walaupun masalah eczema ini tidak boleh dipulihkan sepenuhnya, tetapi ia
boleh dikawal dengan rawatan dan ubat, rawatan herba, elakkan daripada kulit
menjadi terlalu kering dengan memakai krim pelembab kulit serta jauhkan
daripada bahan-bahan yang boleh menyebabkan kulit gatal. Jangan risau, eczema
tidak berjangkit kepada orang lain, tidak seperti penyakit kulit lain yang
disebabkan oleh bakteria atau fungus (i.e. kurap, panau).
Penyakit
ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja terutamanya kanak kanak, di kalangan
bayi yang berumur antara 2 - 6 bulan. Salah satu jenis ezcema ialah
"Atopic Dermatitis."
"Atopic"
adalah satu masalah genetik yang akan menyebabkan daya tahan mekanisme pesakit
menjadi abnormal dan kemudian mencetuskan simptom "oversensitivity."
Namu begitu keadaan akan bertambah baik apabila bayi mencapai umur 6
tahun, k
PUNCA PUNCA ECZEMA:
Hingga kini, punca sebenar eczema masih belum
dikenalpasti dengan sepenuhnya. Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran
yang mencetuskan eczema seperti berikut:
Faktor-faktor Dalaman (Fizikal)
Faktor-faktor Dalaman (Fizikal)
·Ahli
keluarga yang mempunyai sejarah yang mengalami penyakit eczema, asma atau
allergi rhinitis.
·Perubahan
emosi yang ketara seperti keresahan dan stres.
·Pemakanan
dan minuman seperti alkohol, makanan tenusu, gandum, telur, makanan laut,
pengawet dan
pewarna makanan.
Faktor-faktor
Luaran (Persekitaran)
·Bahan-bahan iritasi: Asap rokok,
bahan-bahan kimia, cuaca yang terlalu panas dan lembap atau di sebaliknya.
·Alahan (Allergens): Sabun,
syampu, serbuk bahan pencuci, kosmetik, kulat, debunga, haiwan peliharaan dan hama habuk
rumah (house dust mites).
KEADAAN
EKZEMA ADALAH SEPERTI :
- "Erythema", kulit berasa panas,
bergejolak dan gatal, keradangan.
- "Papules", pembentukan tompok-tompok
merah.
- Kulit mejadi kering, berair dan bersisik.
- Kulit menebal, menjadi kasar dan berkedut
PRODUK SHAKLEE YANG BOLEH MEMBANTU MERAWAT EKZEMA:
UNTUK ORANG DEWASA:
Nutriferon, ESP(Energising Soy Protein) & Sustained Release Vitamin C
UNTUK KANAK-KANAK :
Omega Guard & Mealshake
FUNGSI SETIAP SUPPLEMENT INI ADALAH :
1) Nutriferon -Mempertingkatkan sistem Imun
2) ESP -Membaiki pulih sel kulit ( Kulit terdiri daripada protein)
3) Omega Guard - Mengintegrasi sistem imun, memperbaiki simptom alergi kulit
4) Mealshake -Terdiri daripada 19 zat mineral & vitamin untuk menjamin
kesihatan anak-anak & meningkatkan imum mereka.
5) Vitamin C -Untuk meningkatkan penghasilan kulit baru dan membaiki parut.
u Untuk luaran disyorkan:
1 1) Basic H & Herbal Cream - untuk mengurangkan kulit merengsa dan gatal, supaya kulit
sentiasa bersih dari kuman & lembut dan tidak kering.
TESTIMONI PENGGUNA :
Testimoni 1 : Pengguna yang sembuh dengan mengamalkan Nutriferon & ESP (org dewasa)
Testimoni 2 : Herbal Blend untuk krim sapuan (untuk ekzema yang tak teruk)
Testimoni 3: Mealshake & Omega merawat ekzema (Kanak2x)
Testimoni 4 : Kanak-kanak yang menghidap Asthma & Ekzema sembuh dengan Mealshake & Omega Guard
Untuk sebarang pertanyaan, dan tempahan produk shaklee bole hubungi saya di talian sperti dibawah:
Konsultansi akan diberikan jika anda membeli produk shaklee dengan saya.
·
1 comments:
Artikel yang menarik. Ekzema memang disebabkan oleh gejala alahan dan radang pada kulit. Amalan pengambilan buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C seperti buah lemon dapat membantu merawat penyakit ini.
Post a Comment